
Proses & Syarat
Permohonan
Dimaklumkan bahawa pihak EHEYNS telah menukar alamat emel rasmi yang baharu. Sehubungan itu, sebarang penghantaran dokumen atau pertanyaan hendaklah dikemukakan melalui emel eheyns@perak.gov.my
Syarat-Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Sara Diri
- Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. [Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung]; atau
◦ Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. [Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung]
- Sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
- Pelajar di peringkat Pra-Universiti dan daripada Institusi Pendidikan Guru (IPG) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
◦ Pelajar yang menerima elaun bulanan pengajian tidak layak menerima bantuan ini - Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan penghulu / ketua kampung / wakil rakyat / pegawai kerajaan kelas A / Pegawai HEP IPT.
- Isirumah [Ibu dan bapa / penjaga/ pemohon/ pasangan] keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 kebawah (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila lampirkan salinan pendapatan sendiri / pasangan.
- Kelayakan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.
◦ Bagi pemohon dari IPT Timur Tengah yang menggunakan sistem gred penilaian Bahasa Arab, mestilah mendapatkan pengesahan daripada Kedutaan Besar Majlis Kaherah [KBMK]
◦ Keputusan latihan industri tidak akan diterima - Pemberian setahun sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
SYARAT BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK
- Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:-
1.1 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
1.2 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
1.3 Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)
- Sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Pengajian Jarak Jauh (PJJ) daripada setiap IPT tidak layak untuk memohon bantuan ini.
- Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk laporan Polis / laporan perubatan atau Pengesahan oleh Agensi Kerajaan yang diberi kuasa seperti polis / doktor / bomba dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).
- Kadar bantuan yang diberikan adalah tidak melebihi RM5,000 dan jumlah pemberian akan bergantung kepada kes-kes kecemasan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang Perakuan: Borang perakuan ini boleh dimuat turun di laman web EHEYNS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan
- Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa atau penjaga yang lahir di Perak.
- Salinan KAD PELAJAR.
- Salinan PENYATA AKAUN bank pelajar.
- Salinan Surat Pengesahan Bermastautin / SuratKematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
- Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan terkini / Pengesahan sedang belajar
daripada HEP IPT berkenaan. - PENYATA PENDAPATAN / SLIP GAJI (isi rumah) bapa & ibu / penjaga. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja, sila dapatkan pengesahan pendapatan / pengesahan tidak bekerja.
7.1 Bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Agensi Kerajaan yang diberi kuasa seperti Doktor / Polis / Bomba.
*Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF.
*Semua dokumen perlu disahkan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Pegawai Hal Ehwal Pelajar [HEP] IPT.
SYARAT WAJIB
- Anak kelahiran Perak (Warganegara Malaysia), atau bermastautin di Perak selama 10 tahun atau lebih.
- Mod pengajian terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau separuh masa.
- Pelajar IPT yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, Politeknik, atau institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), termasuk kursus profesional pada peringkat Diploma dan ke atas.
- Peringkat pengajian tergolong dari peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,500 sebulan berdasarkan gaji pokok.
- Status pelajar perlulah aktif iaitu sedang mengikuti pengajian dan tidak dalam status tangguh, gantung, berhenti atau tarik diri.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- BORANG PERAKUAN DAN SENARAI SEMAK:
Borang perakuan dan Senarai Semak ini boleh dimuat turun di laman web EHYENS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan. - Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa / penjaga / pasangan yang lahir di Perak.
- Salinan SURAT TAWARAN BELAJAR
Pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD). - Salinan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN (UNTUK PEMOHON BUKAN ANAK NEGERI PERAK) / SURAT KEMATIAN DAN SURAT BERCERAI (jika berkaitan).
- PENYATA PENDAPATAN (isirumah) bapa & ibu / penjaga / pemohon / pasangan. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja (termasuk suri rumah), sila dapatkan pengesahan pendapatan / pengesahan tidak bekerja. Penerimaan penyata pendapatan hanya bagi tahun semasa sahaja.
• Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF semasa membuat permohonan secara atas talian.
• Semua dokumen perlu disahkan oleh PENGHULU / KETUA KAMPUNG / WAKIL RAKYAT / PEGAWAI KERAJAAN KELAS A (GRED 41 KE ATAS) / PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (HEP) IPT.
• Dokumen-dokumen berikut berikut WAJIB DIHANTAR ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak melalui pos / serahan kaunter selepas membuat permohonan secara atas talian.
• Jika dokumen yang dihantar melalui pos atau secara serahan ke pejabat tidak lengkap, pihak pengurusan berhak untuk menolak permohonan tersebut.