Permohonan Bantuan Baucar bUKU akan dibuka bermula 16 April 2025 sehingga 31 Julai 2025
SYARAT ASAS PENERIMA
1. Anak kelahiran Perak (Warganegara Malaysia), atau bermastautin di Perak selama 10 tahun atau lebih.
2. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa sahaja.
3. Pelajar mestilah menuntut pengajian di Institut Pendidikan awam dan swasta seperti Universiti Awam dan Swasta, Kolej Awam dan Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Prauniversiti, asasi, matrikulasi, Institut Perguruan (IPG), serta Institusi Kemahiran termasuk Kolej Vokasional (KV).
4. Bagi Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), kursus mestilah diiktiraf oleh MQA, manakala Institusi Latihan Kemahiran awam dan swasta mestilah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
5. Peringkat pengajian tergolong dari peringkat Sijil hingga PhD, termasuk pra-U & matrikulasi. Tidak termasuk pelajar latihan industri.
6. Keutamaan akan diberikan kepada pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00.
7. Pemberian baucar adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar yang lahir di Perak.
- Surat tawaran sambung pengajian.
- Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).