BANTUAN KECEMASAN

MAHASISWA PERAK

Bantuan khas mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.

SYARAT BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

◦ pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

◦ Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

◦ Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)

6. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.

2. Salinan kad pelajar.

3. Salinan penyata akaun bank pelajar.

4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jikaberkaitan).

5. Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan.

6. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendirisila dapatkan pengesahan pendapatan.

7. Borang Perakuan : Borang perakuan ini wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan

Sila pastikan semua dokumen berkaitan dilengkapkan dan diperakukan sebelum mengisi borang permohonan atas talian.

Step 1 of 8
Scroll to Top