MAKLUMAT TERKINI
PERMOHONAN DIBUKA BERMULA
2 MAC 2026 - 30 APRIL 2026
BANTUAN SARA DIRI 2026 DIBUKA 2 MAC - 30 APRIL 2026
Syarat-Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Sara Diri
Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. [Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung]; atau
◦ Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. [Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung]
Sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan Diploma Pendidikn Lepasan Ijazah (DPLI) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
Pelajar di peringkat Pra-Universiti dan daripada Institusi Pendidikan Guru (IPG) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
◦ Pelajar yang menerima elaun bulanan pengajian tidak layak menerima bantuan ini
Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan penghulu / ketua kampung / wakil rakyat / pegawai kerajaan kelas A / Pegawai HEP IPT.
Isirumah [Ibu dan bapa / penjaga/ pemohon/ pasangan] keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 kebawah (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila lampirkan salinan pendapatan sendiri / pasangan.
Kelayakan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.
◦ Bagi pemohon dari IPT Timur Tengah yang menggunakan sistem gred penilaian Bahasa Arab, mestilah mendapatkan pengesahan daripada Kedutaan Besar Majlis Kaherah [KBMK]
◦ Keputusan latihan industri tidak akan diterima
Pemberian setahun sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
BORANG PERAKUAN: Borang perakuan ini boleh dimuat turun di laman web EHEYNS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan.
Salinan KAD PENGENALAN [Mykad] pelajar, ibu dan bapa atau penjaga yang lahir di Perak.
Salinan KAD PELAJAR.
Salinan PENYATA AKAUN bank pelajar yang terkini
Salinan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN / SURAT KEMATIAN dan SURAT BERCERAI (jika berkaitan).
SALINAN TRANSKRIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN bagi semester terkini. Bagi pelajar Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam mod penyelidikan, sila lampirkan surat pengesahan sedang belajar dari institut pengajian. Sila dapatkan Pengesahan sedang belajar daripada HEP IPT berkenaan.
PENYATA PENDAPATAN / SLIP GAJI [isirumah] bapa & ibu / penjaga bagi TAHUN SEMASA SAHAJA. Sekiranya pesara, sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja, sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN / PENGESAHAN TIDAK BEKERJA.
Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF.
- Pemohon hendaklah memastikan bahawa semua butiran yang diisi adalah benar dan disahkan. Sebarang maklumat palsu atau mengelirukan, permohonan akan ditolak atau dibatalkan.
Dokumen-dokumen berikut berikut WAJIB DIHANTAR ke pejabat pengerusi jawatankuasa Pendidikan, pengajian tinggi, belia dan sukan negeri perak melalui pos / serahan kaunter selepas membuat permohonan secara atas talian.
Jika dokumen yang dihantar melalui pos atau secara serahan ke pejabat tidak lengkap, pihak pengurusan berhak untuk menolak permohonan tersebut.
Semua dokumen perlu disahkan oleh penghulu / ketua kampung / wakil rakyat / pegawai kerajaan kelas a / pegawai hal ehwal pelajar (HEP) IPT.
LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN :
1. Muat turun borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
2. Mendapatkan cop pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Wakil Rakyat / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) / Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT di borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan kesemua dokumen lampiran.
3. Membuat permohonan secara atas talian di laman web EHEYNS dan muat naik bersama dokumen yang telah disahkan.
4. Semua dokumen lampiran yang telah dimuat naik perlu dihantar secara serahan kaunter atau pos ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak