BANTUAN KHAS
MAHASISWA

BANTUAN KHAS
MAHASISWA

SYARAT BANTUAN SARA DIRI

Permohonan ditutup pada 17 Mei 2024

Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

SYARAT BANTUAN SARA DIRI

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

◦ Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

◦ Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan penghulu/ketua kampung/ wakil rakyat/ pegawai kerajaan kelas A/ Pegawai HEP IPT

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok).

6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.

7. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

SYARAT BANTUAN KECEMASAN

Bantuan khas mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.

SYARAT BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK

1. Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:-

1.1 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau 

1.2 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau 

1.3 Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS di peringkat DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA (MASTER) dan IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

3. Pengajian Jarak Jauh (PJJ) daripada setiap IPT tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis / Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)

5. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak dibuka sehingga 31 Oktober 2024 dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian). 

6. Kadar bantuan yang diberikan adalah tidak melebihi RM5,000 dan jumlah pemberian akan bergantung kepada kes-kes kecemasan. 

SYARAT BAUCAR BUKU

Permohonan ditutup pada 17 Mei 2024

SYARAT ASAS BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK

1. Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:-

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)
 

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER PERTAMA di peringkat SIJIL, DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA, di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktirafoleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi KelayakanMalaysia (MQA).

3. Isirumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatanRM3,000 dan kebawah (gaji pokok). Salinan pendapatan sendiri ataupasangan perlu dikemukakan sekiranya pemohon telah bekerja / berkahwin.

4. Pemberian baucar adalah terhad kepada 1550 penerima terawal mengikut terma dan syarat.

5. Baucar boleh ditebus bermula pada 1 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2024

Scroll to Top