BANTUAN SARA DIRI

MAHASISWA PERAK

MAKLUMAT TERKINI

⁠Permohonan Bantuan Sara Diri akan dibuka bermula
16 April 2025 sehingga
30 JUN 2025

Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

SYARAT BANTUAN SARA DIRI

  1. Anak kelahiran Negeri Perak (Warganegara Malaysia) seperti berikut:

 ◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau

 ◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau

◦ Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)

  1. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  2. Pengajian Jarak Jauh (PJJ) daripada setiap IPT tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  3. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan penghulu / ketua kampung / wakil rakyat / pegawai kerajaan kelas A / Pegawai HEP IPT
  4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan RM3,000 dan kebawah (gaji pokok).
  5. Mahasiswa memperolehi PNG 3.0 dan ke atas.
  6. Pemberian setahun sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang Perakuan dan Senarai Semak: Borang perakuan dan Senarai Semak ini boleh dimuat turun di laman web EHEYNS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan.
  2. Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa / penjaga yang lahir di Perak.
  3. Salinan KAD PELAJAR.
  4. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan. Bagi pelajar Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam mod penyelidikan, sila lampirkan surat pengesahan sedang belajar dari institut pengajian.
  5. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja, sila dapatkan pengesahan pendapatan / pengesahan tidak bekerja. Penerimaan penyata pendapatan hanya bagi tahun semasa sahaja.
  6. Salinan PENYATA AKAUN bank pelajar yang aktif.
  7. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Sijil Kematian/ Sijil Bercerai (jika berkaitan).

* Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF semasa membuat permohonan secara atas talian.

* Semua dokumen perlu disahkan oleh PENGHULU/ KETUA KAMPUNG / WAKIL RAKYAT / PEGAWAI KERAJAAN KELAS A / PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (HEP) IPT.

* Dokumen-dokumen berikut perlu DIHANTAR ke PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI, BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK melalui POS / SERAHAN KAUNTER selepas membuat permohonan secara atas talian.

* JIKA DOKUMEN YANG DIHANTAR MELALUI POS ATAU SECARA SERAHAN KE PEJABAT TIDAK LENGKAP, PIHAK PENGURUSAN BERHAK UNTUK MENOLAK PERMOHONAN TERSEBUT.

 

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN :

1. Muat turun borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan menyediakan dokumen yang diperlukan.

2. Mendapatkan cop pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Wakil  Rakyat / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) / Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT di borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan kesemua dokumen lampiran. 

3. Membuat permohonan secara atas talian di laman web EHEYNS dan muat naik bersama dokumen yang telah disahkan.

4. Semua dokumen lampiran yang telah dimuat naik perlu dihantar secara serahan kaunter atau pos ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak

 

Sila pastikan semua dokumen berkaitan dilengkapkan dan diperakukan sebelum mengisi borang permohonan atas talian.

Step 1 of 7
**Sila Isi Nama Penuh mengikut Kad Pengenalan
Scroll to Top