Bantuan Kecemasan
Dimaklumkan bahawa pihak EHEYNS telah menukar alamat emel rasmi yang baharu. Sehubungan itu, sebarang penghantaran dokumen atau pertanyaan hendaklah dikemukakan melalui emel eheyns@perak.gov.my
PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI, KECEMASAN DAN BAUCAR BUKU
AKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 15 MEI 2026 (JUMAAT).
Bantuan khas mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.
SYARAT BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK
- Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:-
1.1 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
1.2 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
1.3 Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)
- Sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Pengajian Jarak Jauh (PJJ) daripada setiap IPT tidak layak untuk memohon bantuan ini.
- Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk laporan Polis / laporan perubatan atau Pengesahan oleh Agensi Kerajaan yang diberi kuasa seperti polis / doktor / bomba dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).
- Kadar bantuan yang diberikan adalah tidak melebihi RM5,000 dan jumlah pemberian akan bergantung kepada kes-kes kecemasan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang Perakuan: Borang perakuan ini boleh dimuat turun di laman web EHEYNS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan
- Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa atau penjaga yang lahir di Perak.
- Salinan KAD PELAJAR.
- Salinan PENYATA AKAUN bank pelajar.
- Salinan Surat Pengesahan Bermastautin / SuratKematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
- Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan terkini / Pengesahan sedang belajar
daripada HEP IPT berkenaan. - PENYATA PENDAPATAN / SLIP GAJI (isi rumah) bapa & ibu / penjaga. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja, sila dapatkan pengesahan pendapatan / pengesahan tidak bekerja.
7.1 Bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Agensi Kerajaan yang diberi kuasa seperti Doktor / Polis / Bomba.
*Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF.
*Semua dokumen perlu disahkan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Pegawai Hal Ehwal Pelajar [HEP] IPT.