Bantuan
Baucar Buku

Dimaklumkan bahawa pihak EHEYNS telah menukar alamat emel rasmi yang baharu. Sehubungan itu, sebarang penghantaran dokumen atau pertanyaan hendaklah dikemukakan melalui emel eheyns@perak.gov.my

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI, KECEMASAN DAN BAUCAR BUKU
AKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 15 MEI 2026 (JUMAAT).

SYARAT WAJIB

  1. Anak kelahiran Perak (Warganegara Malaysia), atau bermastautin di Perak selama 10 tahun atau lebih.
  2. Mod pengajian terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau separuh masa.
  3. Pelajar IPT yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, Politeknik, atau institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), termasuk kursus profesional pada peringkat Diploma dan ke atas.
  4. Peringkat pengajian tergolong dari peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
  5. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,500 sebulan berdasarkan gaji pokok.
  6. Status pelajar perlulah aktif iaitu sedang mengikuti pengajian dan tidak dalam status tangguh, gantung, berhenti atau tarik diri.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. BORANG PERAKUAN DAN SENARAI SEMAK:
    Borang perakuan dan Senarai Semak ini boleh dimuat turun di laman web EHYENS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan.
  2. Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa / penjaga / pasangan yang lahir di Perak.
  3. Salinan SURAT TAWARAN BELAJAR
    Pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
  4. Salinan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN (UNTUK PEMOHON BUKAN ANAK NEGERI PERAK) / SURAT KEMATIAN DAN SURAT BERCERAI (jika berkaitan).
  5. PENYATA PENDAPATAN (isirumah) bapa & ibu / penjaga / pemohon / pasangan. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja (termasuk suri rumah), sila dapatkan pengesahan pendapatan / pengesahan tidak bekerja. Penerimaan penyata pendapatan hanya bagi tahun semasa sahaja.
    • Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF semasa membuat permohonan secara atas talian.
    • Semua dokumen perlu disahkan oleh PENGHULU / KETUA KAMPUNG / WAKIL RAKYAT / PEGAWAI KERAJAAN KELAS A (GRED 41 KE ATAS) / PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (HEP) IPT.

• Dokumen-dokumen berikut berikut WAJIB DIHANTAR ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak melalui pos / serahan kaunter selepas membuat permohonan secara atas talian.

• Jika dokumen yang dihantar melalui pos atau secara serahan ke pejabat tidak lengkap, pihak pengurusan berhak untuk menolak permohonan tersebut.

Permohonan Bantuan Baucar Buku

Step 1 of 6

This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Sila Tandakan Kotak di Bawah(Required)
**Sila Isi Nama Penuh mengikut Kad Pengenalan
Alamat/Surat Menyurat(Required)
Scroll to Top