BANTUAN SARA DIRI

MAHASISWA PERAK

Permohonan BANTUAN SARA DIRI DITUTUP

Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

SYARAT BANTUAN SARA DIRI

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

◦ Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

◦ Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan penghulu/ketua kampung/ wakil rakyat/ pegawai kerajaan kelas A/ Pegawai HEP IPT

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok).

6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.

7. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa atau penjaga yang lahir di Perak.

2. Salinan KAD PELAJAR.

3. Salinan PENYATA AKAUN bank pelajar.

4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jikaberkaitan).

5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini.

6. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.

7. Borang Perakuan: Borang perakuan ini boleh dimuat turun di laman web EHEYNS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan.

*Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF.

*Semua dokumen perlu disahkan oleh PENGHULU / KETUA KAMPUNG / WAKIL RAKYAT / PEGAWAI KERAJAAN KELAS A / PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (HEP) IPT.

*Dokumen-dokumen berikut perlu DIHANTAR ke PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI, BELIA & SUKAN NEGERI PERAK melalui POS / SERAHAN KAUNTER selepas membuat permohonan secara online.

*PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP ATAU TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN SELEPAS PERMOHONAN SECARA ONLINE AKAN DITOLAK. DOKUMEN YANG DIHANTAR TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN :

1. Muat turun borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan menyediakan dokumen yang diperlukan.

2. Mendapatkan cop pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Wakil  Rakyat / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) / Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT di borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan kesemua dokumen lampiran. 

3. Membuat permohonan secara atas talian di laman web EHEYNS dan muat naik bersama dokumen yang telah disahkan.

4. Semua dokumen lampiran yang telah dimuat naik perlu dihantar secara serahan kaunter atau pos ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak

 

Sila pastikan semua dokumen berkaitan dilengkapkan dan diperakukan sebelum mengisi borang permohonan atas talian.

Step 1 of 7
**Sila Isi Nama Penuh mengikut Kad Pengenalan
Scroll to Top